BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 3, 2010

Tugasan Kakitangan PAKK Daerah Lipis

Tugasan Penyelia PAKK

1.  Program

  •  Menyelia pelaksanaan program dan aktiviti oleh kakitangan dan sukarelawan yang lain
2.  Keselamatan

  • Menentukan keselamatan dan keselesaan kanak-kanak di dalam dan di luar PAKK
  •  Menentukan semua peralatan dan permainan yang digunakan berada dalam keadaan yang baik dan memastikan ianya di simpan semula apabila selesai digunakan
3.  Rekod

  • Menyediakan dan menyelenggara buku pendaftaran kanak-kanak
  • Menyediakan buku pelawat bagi VIP dan ahli jawatankuasa dan jika terdapat sebarang komen, hendaklah dibawa ke mesyuarat
  •   Menyediakan senarai inventori bagi semua harta PAKK
  •  Mengawal penggunaan radio, TV dan komputer 

Tugasan Fasilitator PAKK

  • Menjalankan hebahan kepada masyarakat setempat, agensi kerajaan, swasta dan NGO mengenai PAKK
  • Merancang dan menyediakan program bulanan dan tahunan di PAKK
  •  Menentukan pelaksanaan program mengikut jadual yang disediakan
  • Bertanggungjawab merancang segala aktiviti yang bersesuaian bagi kanak-kanak di PAKK 
  • Berusaha mendapatkan pembiayaan dari sektor korporat, swasta dan individu sebagai dana bagi menjalankan program atau aktiviti PAKK
  •  Bertanggungjawab memberi maklumat kepada komuniti setempat berkaitan pelaksanaan aktiviti dan program PAKK
  • Bekerjasama dengan Jawatankuasa PPKK, agensi kerajaan, swasta, sektor korporat, pemimpin masyarakat dan komuniti setempat bagi setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan di PAKK
  • Bertanggungjawab menyediakan laporan bulanan PAKK
  • Bertanggungjawab menjalankan urusan pentadbiran dan kewangan PAKK.

0 comments: