BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 29, 2010

Pengenalan PAKK

PAKK merupakan program/perkhidmatan sokongan anjuran Pasukan Perlindungan Kanak-kanak
.
 Memberi penumpuan kepada kanak-kanak dalam“formative age” (tahap pembentukan) dan menyediakan perkhidmatan khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan perkhidmatan
sokongan berkaitan perlindungan kanak-kanak.

Menganjurkan program dan perkhimatan sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan terutama bagi kanak-kanak yang dianiaya oleh keluarga mereka.

Kumpulan sasaran bagi golongan kanak-kanak ini adalah kanak-kanak yang berusia 18 tahun ke bawah (menurut Akta Kanak-kanak)

PERANAN PAKK

Tempat perlindungan:
Menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan pelbagai peringkat umur kanak-kanak.

Sebagai pusat advokasi:
Mengadakan ceramah/kursus pendek kepada masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak.

Sebagai pusat sumber:
Menyediakan bahan bacaan/
rujukan untuk kanak-kanak.

Pusat pelajaran:
Kelas bimbingan/computer/kelas keagamaan/kelas lukisan/ kelas drama/pidato/deklamasi sajak.

Pusat Intervensi Krisis:
Menyediakan sesi kaunseling.

Pusat sosial/sukan/rekreasi:
Sukan/riadah/program kebudayaan kesenian dan sebagainya.


Terdapat tiga Pusat Aktiviti Kanak-kanak di Daerah Kuala Lipis iaitu:

 PAKK Padang Tengku, 
PAKK Taman Cahaya,
 PAKK Benta

*****Waktu beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 pagi hingga 6 petang..



Blog PAKK

Assalamualaikum..
Kami mengalu-alukan kedatangan semua untuk menjenguk seketika laman maya PAKK (Pusat Aktiviti Kanak-kanak Daerah Lipis). Dalam blog ini kami akan menyiarkan berita-berita, perkembangan terkini, gambar-gambar aktiviti kanak-kanak yang mengikuti program kami di Pusat Aktiviti Kanak-kanak Daerah Lipis, artikel-artikel dan sebagainya. Sekian.. terima kasih..