BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 18, 2010

Program Sentuhan Jariku Bersama PDK Benta

Salam.. Buat semua yang sentiasa melawati blog kami, terima kasih diucapkan.. Baru-baru ini Pusat Aktviti Kanak-kanak benta telah menganjurkan Program Sentuhan Jariku bersama PDK Benta. Seramai 5 orang kakitangan PDK, 3 orang fasiliator, seorang penyelia dan 8 orang peserta PDK Benta telah sama-sama menyertai program tersebut. Semoga dengan adanya program sebegini dapat lagi mencungkil bakat orang kurang upaya dalam menghasilkan sesuatu kreativiti yang cantik..

Perasmian oleh guru PDK


Peserta Menggunakan Jari sebagai pengecop


Sentuha Jari kami


kanak-kanak menggunakan tapak tangan


hasil sentuhan jariku....

Sunday, August 15, 2010

Program "Bimbingan Menerusi Tauladan"

Program "Bimbingan Menerusi Tauladan" ini telah dijalankan pada 14 Ogos 2010 bertempat di PAKK Padang Tengku pada jam 10.30 pagi. Program ini disampaikan oleh En Harminder Singh selaku ketua Biro Kaunseling dan Motivasi di dalam AJK PAKK PT.  Sokongan dan penglibatan daripada kanak-kanak disekitar padang tengku menggalakkan walaupun berada dalam bulan puasa.

Beberapa topik yang di sentuh oleh En Harminder seperti pendidikan, akhlak, agama, kesihatan, sukan, perpaduan dan kenegaraan. Motivasi seperti ini memberikan panduan kepada kanak-kanak dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Segala contoh dan tauladan yang disampaikan secara tidak langsung memberikan kesedaran kepada kanak-kanak tentang kebaikan dan keburukan dalam sesuatu perkara.

Pada hari tersebut juga diselitkan program kuiz kepada kanak-kanak sempena bulan ramadhan dan bulan kemerdekaan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung.









SEKIAN

Harapan Tanpa Suara - Kempen Kami Prihatin

Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN



Pusat Aktiviti Kanak-kanak Daerah Lipis
mengucapkan
Selamat Berpuasa
kepada semua muslimin dan muslimat

semoga segala amalan kita diberkati

Thursday, August 5, 2010

Generasi Merdeka






Pusat aktiviti kanak-kanak telah mengadakan minggu Generasi Merdeka untuk kanak-kanak di pusat aktiviti.. aktiviti yang dijalankan adalah mewarna bendera jalur gemilang dan logo satu malaysia. aktiviti ini dilakukan bagi memupuk semangat cintakan negara dan memberi input kepada kanak-kanak mengenai sejarah kemerdekaan negara supaya mereka lebih menghargai negara pada masa akan datang.

Wednesday, August 4, 2010

Mural "Saya Kanak-kanak Kreatif "

Salam..  
Baru-baru ini PAKK Benta telah menjalankan aktviti Mural sebagai salah satu aktiviti bulanannya. Seramai lebih 12 orang kanak-kanak telah menyertai program Mural ini, yang telah diadakan selama 4 hari berturut-turut. Selain mencantikkan dan menceriakan PAKK Benta, Program Mural ini juga dapat mengetengahkan bakat kanak-kanak dalam seni lukisan mural. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program dijalankan.










PAKK @ Suara Masjid


Salam..

Program PAKK bersama AJK Masjid Kuala Lipis iaitu program bacaan Al-Quran dan mewarna kanak-kanak  telah disiarkan didalam majalah Suara Masjid. SYABAS kepada PAKK Daerah Lipis.












SEKIAN.

Kelas Fardhu Ain PAKK Padang Tengku


Salam...

Bermula bulan Julai,  PAKK Padang Tengku telah mengadakan kelas Fardu Ain pada setiap hari selasa
setiap minggu. Kelas ini diadakan secara percuma dan kelolakan oleh Ustaz Arshad. Alhamdulillah, kelas Fardu Ain ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kanak-kanak dan mencecah 37 orang pelajar. Sokongan yang padu daripada ibu bapa secara tidak langsung turut membantu menjayakan kelas ini. Semoga kelas berbentuk  ilmiah seperti ini memberikan manfaat yang berguna kepada kanak-kanak dan menjadi panduan dalam hidup mereka kelak. InsyAllah. Amin...


GAMBAR SEMASA KELAS DIJALANKAN









SEKIAN

Tuesday, August 3, 2010

Program Generasi Merdeka Kuala Medang, Kuala Lipis

Adik-adik yang enjoy

 tepuk2 yeah!!!
kakak ketuk kuali berkali-kali......


^_^


LDK

Tugasan Kakitangan PAKK Daerah Lipis

Tugasan Penyelia PAKK

1.  Program

  •  Menyelia pelaksanaan program dan aktiviti oleh kakitangan dan sukarelawan yang lain
2.  Keselamatan

  • Menentukan keselamatan dan keselesaan kanak-kanak di dalam dan di luar PAKK
  •  Menentukan semua peralatan dan permainan yang digunakan berada dalam keadaan yang baik dan memastikan ianya di simpan semula apabila selesai digunakan
3.  Rekod

  • Menyediakan dan menyelenggara buku pendaftaran kanak-kanak
  • Menyediakan buku pelawat bagi VIP dan ahli jawatankuasa dan jika terdapat sebarang komen, hendaklah dibawa ke mesyuarat
  •   Menyediakan senarai inventori bagi semua harta PAKK
  •  Mengawal penggunaan radio, TV dan komputer 

Tugasan Fasilitator PAKK

  • Menjalankan hebahan kepada masyarakat setempat, agensi kerajaan, swasta dan NGO mengenai PAKK
  • Merancang dan menyediakan program bulanan dan tahunan di PAKK
  •  Menentukan pelaksanaan program mengikut jadual yang disediakan
  • Bertanggungjawab merancang segala aktiviti yang bersesuaian bagi kanak-kanak di PAKK 
  • Berusaha mendapatkan pembiayaan dari sektor korporat, swasta dan individu sebagai dana bagi menjalankan program atau aktiviti PAKK
  •  Bertanggungjawab memberi maklumat kepada komuniti setempat berkaitan pelaksanaan aktiviti dan program PAKK
  • Bekerjasama dengan Jawatankuasa PPKK, agensi kerajaan, swasta, sektor korporat, pemimpin masyarakat dan komuniti setempat bagi setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan di PAKK
  • Bertanggungjawab menyediakan laporan bulanan PAKK
  • Bertanggungjawab menjalankan urusan pentadbiran dan kewangan PAKK.