BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 15, 2010

Program "Bimbingan Menerusi Tauladan"

Program "Bimbingan Menerusi Tauladan" ini telah dijalankan pada 14 Ogos 2010 bertempat di PAKK Padang Tengku pada jam 10.30 pagi. Program ini disampaikan oleh En Harminder Singh selaku ketua Biro Kaunseling dan Motivasi di dalam AJK PAKK PT.  Sokongan dan penglibatan daripada kanak-kanak disekitar padang tengku menggalakkan walaupun berada dalam bulan puasa.

Beberapa topik yang di sentuh oleh En Harminder seperti pendidikan, akhlak, agama, kesihatan, sukan, perpaduan dan kenegaraan. Motivasi seperti ini memberikan panduan kepada kanak-kanak dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Segala contoh dan tauladan yang disampaikan secara tidak langsung memberikan kesedaran kepada kanak-kanak tentang kebaikan dan keburukan dalam sesuatu perkara.

Pada hari tersebut juga diselitkan program kuiz kepada kanak-kanak sempena bulan ramadhan dan bulan kemerdekaan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung.









SEKIAN

0 comments: